Thursday, September 16, 2010

mengertilah Adam

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...


glitter-graphics.com

+..sePi ITu iNDaH..+


Di sebalik senyuman dan wajah yang tenang seseorang, hanya tuhan yang maha mengetahui segala gundah hatinya…. Segala derita yang di tanggungnya rela disimpan sendiri, kerana apa yang ingin di persembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan…walau hati ditimpa seribu duka…hanya pada tuhan jua tempatnya mengadu.

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah hubungan yang kita pasti kehilangannya suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbinanya diatas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang hancur berkecai?

Tatkala anda tak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. Ketika anda tak pasti untuk memberi jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi. Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak anda temui jawapannya…ketahuilah bahawa sepi itu mengatasi segala nikmat…

Maka katakanlah pada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini…satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan di perlukan. Antara rela dengan tidak…walau kau lebih tahu, tiada yang lebih berharga selain darimu, juga aku tak mungkin dapat melupakanmu. Itu lebih bererti kerana ada ketika perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke hadapan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang kala lebih bererti dari satu perhubungan. Katakanlah…

“aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta ku dapat…kenapa ada derita bila bahagia tercipta…mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan…aku pergi tanpa dendam…ku terima kekalahanku…”

Ada waktunya sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui. Cinta itu indah apabila ada urusan memberi dan menerima. Jika hanya anda yang memberi dan dia tak sudi, urusan cinta menjadi payah. Tak perlu merayu pada yang tak sudi…pada yang tak simpati…hati kita milik kita… bawalah ia dan pergilah dari situ…


glitter-graphics.com

chenta Illahi


Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta ku untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Aku tidak ingin jatuh cinta, karena aku jatuh cinta
Aku ingin jatuh cinta, karena dia jatuh cinta pada-Mu
Allahu Rabbi…
Pintaku terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Aku ingin mencintainya dengan sederhana
Sederhana namun abadi
Seabadi sayangnya Hajar kepada Ibrahim
Sehangat kasihnya Fatimah terhadap Ali
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
Tak serumit kisahnya Laila dan Majnun
Atau sesulit jalinan cinta Romeo dan Juliet
Maupun kandasnya cinta Radith dan Jani
cukuplah ku berikan separuh hatiku untukmu setelah separuh lagi ku berikan untukNYA..


glitter-graphics.com

Sunday, September 12, 2010

permata yang dicari




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



glitter-graphics.com